Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah

Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EFSF) ialah sebuah kenderaan khas yang didanai oleh anggota-anggota zon euro untuk menekan krisis hutang kebangsaan Eropah. Penubuhannya disetujui oleh 27 negara anggota[1] Kesatuan Eropah pada 9 Mei 2010 dengan tujuan melindungi kestabilan kewangan di Eropah dengan menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara zon euro ketika menghadapi kemelesetan ekonomi.[2] Kemudahan ini beribupejabat di Luxembourg City,[3] dan Bank Pelaburan Eropah menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan sokogan pentadbiran melalui kontrak tahap perkhidmatan.[4]EFSF diberi hak untuk meminjam €440 bilion.[5] Sebuah entiti lain bernama Mekanisme Kestabilan Kewangan Eropah (EFSM), sebuah program yang bergantung pada dana yang dikumpulkan di pasaran kewangan dan dijamin oleh Suruhanjaya Eropah menggunakan anggaran Kesatuan Eropah sebagai kolateralnya, memiliki hak untuk menaikkan €60 bilion.